BATU BERSURAT terletak di Teluk Gedung.  Ianya berhampiran dengan rumah nelayan di tepi pantai.  Ia merupakan seketul batu yang sangat besar di mana tertera lakaran dan tulisan di atasnya.  Batu itu dipercayai hidup oleh penduduk tempatan kerana ia mampu membesar dari saiz asalnya yang agak kecil suatu ketika dahulu.

Lakaran yang diukir di Batu bersurat tersebut ialah seekor harimau yang sedang menumpakan sesuatu ( dipercayai seorang budak lelaki )  dua bulatan berbentuk daun dan perkataan – perkataan Belanda serta Inggeris yang berbunyi “IF CARLO 1743”.

Sejarah Batu Bersurat jika dikaji dari sudut zaman peristiwa itu berlaku, ukiran yang terdapat pada batu menceritakan al kisah seorang budak lelaki, anak kepada pembesar Belanda yang telah hilangdan dipercayai telah dibaham oleh seekor harimau.  Walaubagaimanapun, mengikut sumber penduduk kampung, kisah ini merupakan rekaan semata-mata oleh orang Belanda untuk menutup malu kerana sebenarnya anak pembesar tersebut telah dilarikan oleh lanun.

#menarikdilumutpangkor

 

menarikdi.com