Thursday, January 25, 2024
Home#Lokasi MenarikBazar Ramadan Taman Wira, Mergong

Bazar Ramadan Taman Wira, Mergong

Keistimewaan bazar Ramadan di Taman Wira Mergong yang berdekatan dengan Shahab Perdana ini adalah terdapat pelbagai juadah makanan untuk pengunjung berbuka puasa. Rata-rata yang berkunjung selain kaum melayu adalah kaum Cina dan juga India.

Kemeriahan terasa pada pukul 5.00 petang dan dikatakan jalan disini pun agak sesak kerana ramai yang datang dan lokasinya di tepi jalan. Namun ia tidak menjadi  kekangan kepada orang ramai datang membeli bagi menikmati juadah kegemaran semasa berbuka puasa.

Bazar ini juga terkenal kerana tarikan juadah yang menarik seperti aneka lauk masakan, ikan bakar, ayam madu, kuih muih, aneka minuman ,bihun sup hijau kuning dan lain-lain lagi. Pendek kata “Macam-Macam ada kat sini”.

 

Lokasi : Taman Wira , Mergong , Alor Setar Kedah.

(Tapak Pasar Tani dan Bazar Ramadan)

 

Nor Ajrina Jamil
Nor Ajrina Jamil
Manager PI Gunung Hilir,Kedah
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular