Saturday, January 13, 2024

BBQ Lamb Ipoh

Isteri anda mengidam nak makan BBQ, Lamb chop, tapi tak tahu kat mana nak cari BBQ or lamb chop yang sedap ? kali ni kami nak kongsikan sebuah kafe yang menyediakan citarasa baru Asian Marinated Roasted Lamb, Beef Short Ribs dan Smoked Duck dengan Ketuhar Timur Tengah Tradisional yang mendapat pengiktirafan daripada komuniti trip advisor dan pelancong tempatan. Kalau anda semua nak tahu kafe ini baru sahaja berpindah daripada lokasi asalnya, kini kafe ini terletak di Jalan Sultan Iskandar Ipoh (Pekan Lama) , orang Ipoh mesti tahu lokasi ini yang mana dulunya menempatkan restoran Nashmir bersebelahan dengan SJK(C) Perak. Persekitaran kafe ini yang agak luas dan selesa juga boleh buat pilihan sama ada ingin menikmati juadah di dalam atau luar kafe. Kaunter penyediaan menu juga berada di luar termasuk ketuhar Timur Tengah Tradisionalnya, jadi korang boleh tengok kesibukan pembantu dapur menyediakan masakan anda. Antara menu menarik yang disediakan disini ialah, Smokey lamb soup with bread, Organic chicken grill, fish n chip, Chilled grilled salmon dan banyak lagi. Kedai ini mula operasi pada pukul 4 petang hingga 11 malam. Ianya dibuka setiap hari kecuali hari selasa. Jadi, apa tunggu lagi.. boleh bawak isteri, anak-anak, ibu bapa, jiran-jiran, sedara-mara untuk makan malam disini.

sha dyana
sha dyana
-pusat internet 1 malaysia klebang utama -kluster perak kinta -penolong pengurus
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular