Thursday, January 25, 2024
Home#Usahawan/ Produk TempatanCendawan Busut : Renjer Sungai (Mohd Saiful Bin Isa)

Cendawan Busut : Renjer Sungai (Mohd Saiful Bin Isa)

CENDAWAN BUSUT (Termitomyces sp) merupakan sejenis cendawan dari keluarga Lyophyllaceae yang tumbuh liar dikawasan khusus pada masa-masa tertentu sahaja dan dipercayai ada kaitan dengan aktiviti oleh anai-anai.Kalau di Felda Gunung Besout 2 ini, sebut sahaja ‘Cendawan Busut’ sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan Saudara Saiful atau lebih dikenali dengan panggilan Renjer Sungai. Beliau antara orang yang arif dalam mengenalpasti cuaca dan kehadiran musim cendawan busut ini. Memang enak dan sedap cendawan busut ini yang di masak sayur tumis atau lebih lazat lagi di buat sup cendawan busut. Isinya yang lembut dan aromanya yang wangi menyebabkan cendawan busut ini menjadi hidangan istimewa pada musim cendawan ini di jumpai dari kawasan kebun. Cendawan busut adalah berkait rapat dengan anai-anai dimana ianya sering tumbuh dimana ada koloni anai-anai dan juga merupakan sumber makanan utama kepada koloni anai-anai.

Satu lagi rahsia yang dikongsikan oleh Saudara Saiful adalah cendawan busut ini jangan dibasuh kecuali memang sudah hendak dimasak kerana air akan menyebabkan ia mudah rosak dan busuk.

Ditambah pula dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang, Saudara Saiful (Renjer Sungai) tidak perlu bersusah payah lagi untuk memasarkan cendawan busut yang diperolehi. Hanya perlu muatnaik di laman Facebook dan bertalu-talu para pelanggan akan menempah secara atas talian. Kemudahan internet yang ada digunakan sebaiknya dalam memasarkan cendawan busut yang muncul secara bermusim ini. Saudara Saiful juga telah 2 kali memenangi Video Terbaik (wang tunai RM1000.00) Pertandingan Video MyKif anjuran Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) iaitu video Cara-cara Memasang Umpan Sawit Peram dan video Cara Memancing Ikan Bujuk.Semoga video “Tips : Khasiat & Rahsia Cendawan Busut” juga dapat menarik hati juri bagi Fasa 4 pertandingan video MyKif SKMM 2016.

No Tel Saudara Saiful : 012-3824274

Blog : (http://renjersungai.blogspot.my/)

Fb Personal : Saiful Isa

Fb Page : Soal Jawab Bersama Renjer Sungai

PI1M Felda Gunung Besout 2
PI1M Felda Gunung Besout 2http://feldagunungbesout2.pi1mp1.my/
PI1M Felda Gunung Besout 2 | Team Webe | Kluster Slim River, Tanjung Malim, Tapah.
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular