Debu gunung berapi berusia 74,000 tahun yang ditemui di Kampung Padang Nyior, Padang Sanai dekat sini akan digazetkan sebagai Tapak Terpelihara Geowarisan Kedah.

Tapak geowarisan ini merupakan geotapak kedua di tanah besar Kedah yang telah dirasmikan pada peringkat negeri sebagai Tapak Geowarisan Negeri Kedah pada 27 April 2015.

Semenjak tapak ini dirasmikan sehingga November 2015 dianggarkan seramai 5 ribu orang telah mengunjungi kawasan Kg. Padang Nyior, Padang Sanai. Penduduk sekitar kini boleh berbangga  dengan penjenamaan baru – Perkampungan Geowarisan Debu Volkanik Padang Sanai. Perjalanan ke tapak ini mengambil masa lebih kurang 50 minit dari Bandaraya Alor Setar. Sistem perhubungan di kawasan ini adalah sangat baik dengan adanya laluan terus Alor Setar – Pokok Sena – Kuala Nerang ke Durian Burung.

 

 

menarikdi.com

1 COMMENT