Thursday, April 25, 2024
HomePerakKuala KangsarDonut Hipster Popular Di Kuala Kangsar

Donut Hipster Popular Di Kuala Kangsar

Lazimnya orang kita kebiasaannya membeli donut dan mudah didapati disetiap gerai-gerai dan restoran. Kita mesti pernah mendengar dan mengetahui tentang donut yang pelbagai warna dan perisa yang hanya boleh didapati di francais milik syarikat ternama sebagai contoh Big Apple dan Dunkin Donuts. Tetapi sekarang ini, anda dapat menikmati pelbagai jenis donut dengan rasa dan warna yang menarik dengan harga yang lebih murah.

Bagi penduduk di sekitar bandar Kuala Kangsar, kini mereka boleh menikmati kuih tradisional yang dimodenkan atau lebih dikenali sebagai ‘donut hipster’ ini di gerai biasa-biasa sahaja pada harga yang jauh lebih murah. Gerai yang dikendalikan oleh pasangan suami isteri ini Mohd Izwan Mohamad Nazir berumur 36 tahun dan isterinya Nor Nafishah Ab Hamid 35 tahun di Taman Chandan Puteri kini menjadi tumpuan orang ramai untuk menikmati kuih itu sejak ia menjadi viral.

Nor Nafishah memberitahu bahawa beliau mula mengusahakan donat berwarna-warni dan berperisa strawberi, durian, pandan, coklat dan beri biru kira-kira dua minggu lalu. Beliau juga ada menjual kuih muih yang lain seperti burger Malaysia, cucur badak, karipap dan pisang keju sejak dua tahun lalu tetapi donat ini baru sahaja diperkenalkan di gerainya itu.

Donat hipster yang diusahakannya dan dijual dengan harga RM0.50 setiap satu mampu terjual sehingga 600 sehari. Beliau agak terkejut dengan keadaan itu kerana ianya tiba-tiba laris dan tidak tahu menahu tentang donatnya yang telah viral di laman sosial facebook. Sejak itu, ramai pelanggan yang datang untuk mencuba donut hipster beliau dan digemari ramai. Ibu kepada tiga anak itu berkata beliau menggunakan 15 kilogram tepung untuk menghasilkan kira-kira 600 donat sehari dan dibantu suaminya di gerai setiap hari.

Menurut Nor Nafishah lagi, dia kini mempunyai pelanggan tetap dan ada antara mereka sanggup membuat tempahan awal menerusi telefon kerana bimbang donat serta beberapa kuih lain habis dijual. Beliau turut mengambil tempahan untuk katering dan majlis keraian pada Sabtu dan Ahad bagi menambah pendapatan sekeluarga. Bagi yang hendak merasai keunikan dan kesedapan ‘donut hipster’ ni, anda bolehlah berkunjung ke gerai mereka di Taman Chandan Puteri, Kuala Kangsar. Jika anda bertanya kepada penduduk sekitarnya, tentu sahaja mereka boleh menunjukkan arah yang tepat untuk anda.

Selamat mencuba dan maju jaya kepada pasangan Mohd Izwan Mohamad Nazir dan isteri, Nor Nafishah Ab Hamid.

Saksikan video berkenaan dengan penjualan Donut Hipter hanya di Kuale…

Ahmad Saufi Bin Ahmad Khalil
Ahmad Saufi Bin Ahmad Khalil
PI1M Kg Kubang Pekan, Kluster Kuala Kangsar, Perak
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular