Friday, January 19, 2024
HomePulau PinangEscape Theme Park Pulau Pinang

Escape Theme Park Pulau Pinang

APAKAH ITU ESCAPE?

ESCAPE adalah destinasi taman tema yang dibina dalam persekitaran semula jadi dengan tarikan yang berunsur untuk merangsangkan minda dan badan. ESCAPE memperkenalkan permainan dan nilai-nilai dari zaman pembesaran kanak-kanak dahulu yang berunsurkan pembelajaran melalui pengalaman dan tidak bergantung kepada elektronik seperti gaya hidup zaman sekarang. ESCAPE membuktikan umur bukan sebarang halangan untuk terus bermain kerana tarikan di sini direka untuk pengunjung dari pelbagai peringkat umur, kebolehan, dan tahap tenaga.

WAKTU OPERASI

Selasa – Ahad 10am – 6pm

Ditutup setiap Isnin
Phone: +60 4 8811 106
Fax: +60 4 8813 106

Address: 828 Jalan Teluk Bahang,

11050 Penang, Malaysia

Diantara Tarikan-tarikan Yang Ada Di Taman Tema ESCAPE

  1. MONKEY BUSINESS
  2. FLYING LEMUR
  3. KITE FLYER
  4. TUBBY RACER
  5. ATAN’S LEAP
  6. GECKO TOWER
  7. MONKEY SCHOOL
  8. TOTS TRAIL
  9. A-MAZE
  10. FOXY BURROW
  11. DISCOVERY DIG
  12. ZOOM BUG
  13. BALANCE BEAM
  14. JUNGLE SWINGER
  15. GO APE
  16. AEROBAT
  17. JUMPING JACK
  18. COCO CLIMB
  19. 3 SIXTY
  20. GO BANANAS

BASE CAMP

BASE CAMP adalah mengembara ke dalam hutan. Lawati ESCAPE Adventureplay dan menyertai perkhemahan di dalam hutan dan tidur di bawah bintang-bintang. Keluar dari zon selesa anda dan berkongsi pengalaman dengan keluarga atau rakan-rakan. Mengalami malam, masakan BBQ, dan kembali kepada asas-asas yang menyeronokkan. Sila ambil perhatian bahawa BASE CAMP adalah aktiviti luar di mana peserta akan tidur di dalam khemah. BASE CAMP terletak di kawasan yang berpagar daripada ESCAPE Adventureplay dengan keselamatan 24 jam dan laluan pejalan kaki yang diterangi dengan cahaya lampu. Padang BASE CAMP tidak mempunyai bekalan elektrik tetapi mempunyai loker dan soket elektrik untuk mengecas telefon mudah alih dan juga peranti mudah alih lain yang tersedia di tempat menyambut tetamu.

Kesimpulannya sebelum tua dan ada penyakit elok la datang Escape. Kalau nak rasa kepuasan, keseronokan dan keterujaan melakukan aktiviti extreme, jangan takut untuk datang ESCAPE Theme Park. Walaupun mahal tapi berbaloi kalau kita join semua aktiviti. Selain untuk kesihatan, kita akan rasa lebih yakin, lebih berani dan tidak mudah putus asa. Seronok tau bergayut sambil melihat pemandangan alam yang cukup menenangkan. Apa-apa pun,  Biar la sakit badan seminggu, yang penting dapat pengalaman yang cukup hebat.

MUHAMAD MUNIR
MUHAMAD MUNIR
PI1M SUNGAI PINANG, PULAU PINANG
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular