Foo Lin Kong merupakan sebuah tokong cina yang popular di Pulau Pangkor. Ramai pelancong dan penduduk tempatan sering datang mengunjungi dan melawati tokong ini.  Tarikan menarik di sini adalah persekitaran yang bersih & ukiran seni binaan yang unik dan sesuai untuk mengambil gambar.

 

Foo Lin Kong mempunyai pelbagai patung buddha di dalam tokongnya. Antara yang menarik di sini terdapat sebuah raplika tembok besar cina, di mana pelancong dapat merasai seperti berada di Negara China. Pemandangannya memberi tarikan utama kepada para pelancong. Pelancong perlu memanjat tangga hingga ke puncak untuk menikmati keindahan panorama sekeliling Foo Lin Kong ini.

  

Selain itu, terdapat 3 ekor ikan besar yang menjadi tarikan.  Menurut sumber penduduk sekitar menyatakan bahawa 3 ekor ikan tersebut sudah hidup lebih 10 tahun.  Inilah keunikan Foo Lin Kong.  Jika anda datang ke sini, anda dapat melihat sekumpulan kura-kura yang banyak di dalam sebuah kolam khasnya dan Kolam ikan emas yang memberi kepercayaan kepada Kaum Cina untuk membuat hajat.

Jadi jangan lupa untuk singgah mengunjungi Foo Lin Kong sekiranya anda datang ke PULAU PANGKOR..!!!

menarikdi.com