Assalamualaikum dan selamat pagi warga Kinta. Mungkin ada di kalangan kita yang menginginkan sarapan pagi dan makan tengah hari yang sedap dan murah. Admin ingin mengesyorkan anda ke Gerai Maria Mustaza di Malim Nawar. Roti Bakar Telur Goyang juga antara menu popular di gerai ini. Menu ekonomi untuk tengah hari akan bertukar setiap hari.

Puan Maria juga mengambil tempahan untuk laksa telur sarang. RM4.50 sahaja dan tiada cas penghantaran untuk di kawasan sekitar. Anda boleh menghubungi terus di talian 019-4656715 (Puan Maria).

 

Gerai Maria Mustaza dibuka setiap hari kecuali pada hari Rabu dari jam 7.00 pagi hingga 6.30 petang. Lokasinya adalah di Arena Rakyat Tualaang Sekah, Malim Nawar. Anda boleh rujuk di peta Google Maps di bawah untuk ketahui lokasinya.

menarikdi.com