Selalu pergi makan nasi goreng udang, tp tak puas makan sebab udang terlalu kecik ataupon sikit dan tak berbaloi dengan harga.. jangan risau, apa kata anda cuba datang ke Gerai nasi goreng udang, Lokasinya terletak di Jalan panglima Bukit gantang, berhadapan dengan Bank Islam Ipoh dan bersebelahan dengan BSN.. biasa orang-orang disini menggelarnya, nasi goreng udang BSN.. Harga sepinggan nasi goreng udang ialah RM14 walaupon agak mahal tetapi sangat berbaloi dengan udang yg siap dikopek dan sangat banyak ! selain nasi goreng udang, gerai ini turut menyediakan hidangan seperti mee udang, mee goreng, nasi goreng, satay dan sebagainya.. gerai ini hanya dibuka pada pukul 4 ptg hingga 12 tgh mlm..

menarikdi.com