Alor Setar : Restoran Gulai 7 Kawah adalah salah satu restoran pilihan warga Alor Setar dan pelancong tempatan dan luar negara untuk menikmati pelbagai juadah pilihan lauk pauk tengahari. Lokasinya yang terletak 5 km dari Muzium Padi dan Pusat Sains Wilayah Utara, mendapat sambutan pengunjung yang datang melancong ke sini. Restoran yang berlatar belakang sawah padi membuatkan pengunjung dapat menikmati juadah tengahari dengan suasana kampung.

Keunikan nama restoran 7 kawah bermaksud restoran ini adalah kerana lauk yang dihidangkan adalah menggunakan 7 kawah tersebut dengan aneka lauk yang istimewa.

Antaranya adalah seperti seperti gulai rusa, sup daging, gulai daging rebung, ayam kampung, ayam bakar, ikan bakar, ulam ulaman dan pelbagai menu hidangan lain.

Pengunjung juga dapat melihat beberapa banner tulisan dialek bahasa kedah dan bahasa thai ketika menikmati hidangan disitu pada dinding restoran berkenaan.

Maklumat Lokasi:-

Alamat: 

Lot 1861, Depan Sek. Keb. Sri Gunong, Jalan Sungai Baru, Gunung Keriang,

Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Waktu Operasi : Setiap hari Sabtu hingga Ahad (Isnin Cuti)

Masa: 9.00 pagi hingga 6.00 petang

No Tel : 017 5585278 (Kak Nisa)

Latitude: 6.184879 | Longitude: 100.344303

menarikdi.com