GUNUNG JERAI.

0
1833

JERAI HILL RESORT, KEDAH

Jika anda ingin mencari lokasi percutian berkonsepkan alam sekitar, Jerai Hill Resort yang terletak di puncak Gunung Jerai boleh dijadikan sebagai pilihan destinasi untuk merehatkan minda dan berehat bersama keluarga.

Gunung Jerai juga dikenali sebagai Puncak Kedah iaitu berada di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Mempunyai ketinggian sebanyak 1207 meter. Gunung Jerai boleh dilihat dari Pulau Pinang dan daerah-daerah yang berhampiran dengannya. Gunung ini mempunyai keunikan yang tersendiri iaitu kawasan sekitarnya di kelilingi oleh tanah rata pertanian sawah padi sekitar negeri Kedah dan Pulau Pinang serta berada di persisir pantai yang terpisah daripada sistem banjaran Semenanjung Malaysia. Suhu tahunan di Gunung Jerai ialah sekitar 19 °C hingga 24 °C dan selalu dilitupi kabus tebal terutamanya pada musim hujan.

Terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh kita lawati di atas

puncak gunung tersebut. Antaranya ialah Telaga Tok Sheikh, Padang Tok Sheikh batu Kapal, Trek Tangga Kenari, dan Trek Taman Rimba Sungai Teroi. Pelbagai aktiviti yang menarik disediakan di tempat-tempat tersebut. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti di Gunung Jerai ini kerana gunung ini mempunyai keunikan yang tersendiri.

Maklumat lanjut boleh hubungi:

Alamat : The Regency Jerai Hill Resort Jalan Kaki Bukit, 08300 Gurun, Kedah, Malaysia Telefon : +60 4-466 7777 Facebook: https://www.facebook.com/RegencyJeraiHillResort/