Paling popular sangat tu mesti lah Nasi Arab Mendi kerana aromanya yang lain dari nasi-nasi di Malaysia. Aromanya yang best kerana gabungan rempah ratus yang tersendiri kemudian di masak dengan penuh kasih sayang seperti sajian di rumah. Ayam yang dimasak lembut bersama rempah kemudian di BAKAR dengan gabungan rempah pilihan resepi Hayyan sendiri. Confirm lembut sehinggakan daging-dagingnya mudah tertanggal dari tulang.. Sungguh Nikmat. Begitu juga kambing Mendi.. perghhhh sedappp walaaa tak tau nak habaq. Penggemar-penggemar kambing mesti jatuh cinta dengan KAMBING MENDI HAYYAN kerana dimasak rapi hingga dagingnya menjadi lembut dan terasa nikmatnya memakan daging kambing yang dimasak sempurna dan mudah dimakan.

Nama : Hayyan Garden Cafe (Cawangan Ipoh)
Waktu Operasi : 12.00 Tengahari hingga 11.00 Malam
Nombor Telefon : 05-5250876 / 013-512565
Alamat : No 2 Jalan Meru Bestari A4/1, Medan Meru Bestari, 30020 Ipoh, Perak

 

menarikdi.com