Homestay Kampung Ujung Bukit terletak di No 1, Jalan Kurong Batang, 01000 Kangar, Perlis. Homestay ini dikelilingi sawah padi yang menghijau dan pengunjung akan berasa tenang dan santai apabila menginap disini. Homestay ini diurus oleh JKKK Kampung Ujung Bukit, Encik Ab Karim Bin Saad.

                Gambar 1.0 Pemandangan Homestay Kg. Ujung Bukit

Keluasan homestay ini sangat sesuai untuk pelbagai aktiviti seperti family day, reunion, group treat, activiti team building, bbq dan sebarang aktiviti tertutup. Chalet-chalet ini boleh disewa dengan kadar sekitar RM85.00 sehingga RM140.00/rumah sehari, ni tidak termasuk aktiviti kampung. Aktiviti kampung yang boleh dilakukan seperti persembahan kebudayaan, makanan traditional, melawat tarikan dan penanaman padi. Kalau pengunjung yang akan bercuti di Perlis dan mencari penginapan murah di negeri Perlis, boleh la menginap di chalet ni. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi di talian 012-5556000.

                          Gambar 2.0 Homestay ala kampung
                                            Gambar 3.0 Kemudahan di dalam setiap bilik

 

 

menarikdi.com