Gerik Perak terkenal dengan eko pelancongan di Tasik Banding, Hutan Belum. Salah satu eko pelancongan di sini ialah perkhidmatan ‘House Boat’ yang telah diusahakan oleh Bendong Maju Enterprise. Syarikat ini dimiliki oleh seorang usahanita iaitu Pn. Noraini Bt. Abdullah. Pelbagai usaha promosi yang telah dijalankan oleh pihaknya agak kurang mendapat sambutan. Namun setelah syarikat ini menyertai program Get Malaysian Business Online (GMBO) yang dianjurkan oleh SKMM diatas bimbingan Pusat Internet 1 Malaysia Gerik. Perkhidmatan syarikat ini telah mendapat sambutan luar biasa daripada pelancong luar dan dalam negeri.

menarikdi.com