Thursday, April 4, 2024

Jom P Ukir Mall

Video ini memaparkan tempat menarik di Ukir Mall @ Pekan Rabu di bandaraya Alor Setar, Kedah yang memaparkan produk usahawan tempatan seperti makanan tradisional, ubat ubatan, pakaian, kraftangan dan sebagainya. Kompleks Ukir Mall telah dipilih sebagai penempatan sementara para peniaga Pekan Rabu yang mana bangunan Pekan Rabu kini sedang dalam proses pembinaan semula.

Tempat ini sangat sesak ketika musim perayaan dan musim cuti sekolah kerana orang ramai berpusu-pusu datang untuk mendapatkan barangan keperluan.

Waktu Operasi : 9.00pagi – 7.00 petang
Alamat: Jalan Sultan Badlishah, Alor Malai, 05000 Alor Setar, Kedah

Perkhidmatan Lain:

  • Dewan Serbaguna boleh disewa untuk sebarang majlis seperti majlis perkahwinan.
  • Butik pegantin dan salon kecantikan / rambut.
  • Perkhidmatan menjahit pakaian seperti baju melayu

**Kemaskini : Bangunan Pekan Rabu di tapak asal telah siap dibina dan dibuka kepada orang ramai.

Nor Ajrina Jamil
Nor Ajrina Jamil
Manager PI Gunung Hilir,Kedah
RELATED ARTICLES

Most Popular