Friday, April 5, 2024
Home#Restoran/ Makan-makanKelapa Lelehhhh KampoR di Kampar

Kelapa Lelehhhh KampoR di Kampar

Petang-petang yang panas sebegini memang sesuai sangat untuk hilangkan dahaga. Kami ingin mengesyorkan satu restoran di Kampar yang popular, Kelapa Lelehhhh KampoR.

Kami telah mencuba ABC Rock, Bunnana Split Leleh, Bingsu Strawberry dan Coconut Shake Oreo. Memang sedap dan terbaik! Terdapat 14 pilihan untuk menu aiskrim Kelapa Leleh dan Bingsu ini yang boleh membuatkan anda rambang mata untuk memilih. Selain itu, makanan sampingan seperti laksa, cucur udang, mee rebus, mee rojak serta pasembor juga dijual dengan harga yang berpatutan.

Yang menariknya di Kelapa Leleh ini, terdapat menu makanan baru untuk makanan ‘western’ iaitu “Western Lambak”. Menu “Western Lambak” ini bermula pada jam 4 petang hingga 10 malam. “Western Lambak” ini mempunyai 4 jenis saiz hidangan bermula dengan harga RM 19.90 hingga RM49.90.

Di mana lokasi restoran ini? Kelapa Leleh Kampar terletak di Jalan Iskandar, Kampung Baharin Pinji, 31900 Kampar, Perak. Restoran ini berhadapan dengan Masjid Kampar. Restoran ini dibuka pada hari Rabu hingga Ahad pada jam 11 pagi – 10 malam (Isnin dan Selasa cuti). Pastikan anda betul-betul lapar kerana saiz makanan yang agak besar boleh membuatkan anda terlebih kenyang pula nanti. Moh kome!

Previous article
Next article
dyanakhairudin
dyanakhairudin
Nordiyana binti Khairudin, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Tualang Sekah, Perak (Cluster Kinta)
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular