Saturday, April 20, 2024

Keli Pedu

Ikan keli yang dikategorikan sebagai “Ikan Rakyat”, merupakan salah satu spesies yang mendapat sambutan yang tinggi di negeri Kedah. Rasanya yang enak dan boleh dimasak pelbagai cara serta harganya yang lebih rendah berbanding ikan-ikan lain, menyebabkan ikan keli menjadi pilihan utama pengguna. Pengeluarannya tidak dapat menampung permintaan pengguna terutama apabila tiba bulan puasa dan musim perayaan. Bagi menampung permintaan, ramai peniaga membawa masuk ikan keli dari negeri Perak.

Melihat kepada sambutannya yang tinggi, Encik Amran bin Samsudin, 45 tahun, dari Kampung Tok Salam, Naka, Kedah, sanggup berhenti kerja sebagai pemandu lori untuk mengusahakan penternakan ikan keli sepenuh masa.

Beliau mengorak selangkah kehadapan dengan menghasilkan produk keli kering yang menggunakan jenama Ceria Tok Salam Enterprise yang baru sahaja memasuki pasaran sekitar daerah Padang Terap, Sik, Baling dan Pokok Sena.

Alamat:
Ceria Tok Salam Enterprise,
Kampung Tok Salam, Kubang Kenyeng,
06350 Naka, Kedah.
Tel : 013-5831577 / 019-5932449

Previous article
Next article
Hamdi Abdullah
Hamdi Abdullah
PI1M Felda Lubok Merbau, Kedah
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular