Kilang Peluru Jepun (Nippon Nitrogen Kaisha) di Malim Nawar

0
1587

Semasa Malaya ditakluk, satu kilang peluru telah dibina di Kampung Tanjung Bangkong, Malim Nawar. Pembinaan kilang peluru ini bermula dari Julai 1943. Kilang dibina dan dimiliki oleh Nippon Nitrogen Kaisha untuk membekalkan bahan letupan kepada tentera Jepun. Arang batu digunakan untuk menghasilkan karbaid dengan membakar batu kapur yang terdapat di bukit berdekatan dengan Kampung Jeram. Kilang tersebut menggunakan 400 pekerja tempatan yang kebanyakkannya orang Melayu.

Tapak peninggalan sejarah ini masih ada dan kekal sehingga kini. Anda boleh berkunjung di Kampung Tanjung Bangkong, Malim Nawar untuk melihat lebih dekat bekas kilang peluru Jepun ini.