Tuesday, January 16, 2024
HomePerakSlim River, Tanjung Malim, TapahKolam Pancing Pacak Strike , Trolak Selatan

Kolam Pancing Pacak Strike , Trolak Selatan

Mesti anda semua tertanya-tanya kan apa yang menarik ada di Felda Trolak Selatan selain daripada pokok kelapa sawit yang bakal di tebang untuk penanaman semula tidak lama lagi. Haaaaaaaaa…jangan tak percaya yer sebab sekarang ini ada satu tempat yang semakin menjadi tumpuan warga tempatan dan juga luar untuk datang dan bersantai bersama ahli keluarga masing-masing.

KOLAM PANCING PACAK STRIKE TROLAK ini mula dibuka pada 1 Feb 2019 tempohari. Ia dibuka 24 jam setiap hari kecuali pada hari Jumaat (ditutup bermula jam 10.00 pagi – 3.00 petang). Kepada kaki pancing yang ingin bersantai bersama ahli keluarga, anda tidak perlu risau kerana pemilik kolam yang lebih dikenali sebagai Along oleh penduduk tempatan sudah menyediakan pelbagai kemudahan awam antaranya surau dan juga tandas. Pondok-pondok comel juga turut disediakan untuk kaki pancing sementara mereka menunggu umpan dimakan oleh ikan yang terdapat di dalam kolam ini.

Jika ada pemancing yang lupa untuk membawa bekal untuk mengisi perut anda juga tidak perlu risau dan kuatir kerana lokasi kolam amat strategik iaitu berdekatan dengan kedai-kedai makan dan kedai –kedai runcit yang saya percaya dapat memenuhi kehendak semua pemancing apabila berada di sini.(Dari roti canai sampai ke char kueh teow semua ada yer). Khidmat penghantaran makanan juga disediakan oleh pengusaha kedai-kedai makan di sekitar Trolak Selatan bagi mereka yang malas untuk keluar.
Kaki pancing jangan lepaskan peluang untuk datang berkunjung kesini kerana hadiah yang ditawarkan juga amat menarik.

Apa lagi nak tunggu..jom semua kaki pancing !

Location GPS : 3.917770, 101.387013

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular