Bertempat di Semeling, terdapat satu kawasan pelancongan yang menarik iaitu Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Sg. Merbok. . Jeti ini sangat menarik dengan landskap yang cantik. Pengunjung turut dapat melihat ‘Gok Arang’ yang digunakan untuk membakar kayu bakau menjadi  arang.

‘Gok Arang’

Pengunjung yang tiba disini, boleh menaiki bot “Sungai Merbok River Cruise” untuk menyusuri Sungai Merbok dan singgah ke Tanjung Dawai .Pengunjung boleh menggunakan pakej river cruise yang ditawarkan di sini untuk menyusuri Sungai Bakau dan melihat pemandangan tepi sungai yang ditumbuhi pokok nipah dan hutan bakau. Untuk sebarang pertanyaan harga tiket dan tempahan awal,pengunjung boleh hubungi +604-4430089.

   

Selain itu, di situ juga terdapat galeri-galeri berkaitan dengan kayu bakau, kehidupan haiwan dan juga kegunaan kayu-kayu bakau. Galeri tersebut dibina di atas air. Terdapat outlet galeri yang dikhaskan. Seperti galeri sejarah, galeri biodiversiti, dewan aktiviti, dewan serbaguna dan sebagainya. Pengunjung boleh berjalan kaki di atas titi tersebut dan menuju ke outlet-outlet tersebut.

       

Di sini juga terdapat restoran yang menyediakan pelbagai masakan panas yang menjadi tarikan pengunjung untuk makan malam bersama keluarga di tepi sungai iaitu DSA Cafe. Pengunjung boleh melihat permandangan matahari terbenam di kelilingi hutan bakau dikiri kanan. DSA Cafe mula beroperasi pada jam 11.00 pagi. DSA Cafe juga sering dijadikan tempat untuk majlis perkahwinan serta sambutan majlis yang lain. Pengunjung boleh menghubungi +60 19-572 0644 untuk sebarang tempahan.

DSA Cafe Jeti Semeling

08000 Sungai Petani, Kedah

Tel: +60 19-572 0644

FB: Restoran Jeti Semeling

 

Pengunjung yang ingin merasai pengalaman menyusuri Sungai Merbok yang dikelilingi oleh pokok bakau dengan suasana pemandangan senja yang menarik boleh berkunjung ke Kompleks Pelancongan Jeti Semeling.

”Spending time in nature is healing energy”

menarikdi.com