KOMUNITI SERDANG SERBU FESTIVAL DAGING RAYA (Barakah Aidilfitri 1438H) SEAWAL 7 PAGI

66

Komuniti Serdang berpeluang mendapatkan bekalan daging lembu segar yang jauh lebih rendah berbanding harga biasa di luar menerusi program Festival Daging Raya (Barakah sempena Aidilfitri 1438H). Program ini diadakan pada 23 Jun 2017 bermula pukul 8.00 pagi, di Dataran Sri Serdang, Serdang, Kedah.

Menerusi program tersebut, komuniti tempatan dapat membeli daging dengan harga RM 24 sekilogram berbanding RM32 hingga RM34 sekilogram. Walau bagaimanapun pembelian adalah terhad kepada 2 kilogram bagi seorang. Selain daging lembu, komuniti Serdang dan kawasan sekitarnya boleh juga membeli daging itik (RM 7 sekilogram), dan telur ayam (RM 10/2 papan). Terdapat juga jualan lemang dan ketupat palas yang masih panas.

Festival Daging Raya ini dikatakan telah memasuki tahun ketiga sejak 2015 yang dirangka Kerajaan Negeri untuk membantu meringankan beban rakyat menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

menarikdi.com