Thursday, April 25, 2024
Home#Rekreasi/ Lokasi MenarikKota Belanda Pulau Pangkor

Kota Belanda Pulau Pangkor

Kota Belanda terletak di Teluk Gedung iaitu di Selatan Pulau Pangkor.  Ia dibina pada tahun 1680 dan sekarang berusia 324 tahun.  Ia merupakan sebuah kota batu binaan penjajah Belanda iaitu penjajahan pertama Eropah di Perak.

Tujuan pembinaannya adalah sebagai pertahanan daripada serangan lanun dan penduduk tempatan lain yang memberintak terhadap pemerintahan penjajah.  Ianya juga untuk mengawal laluan bahan dagangan di perak terutamanya galian terpenting iaitu bijih timah.

Sejarah Kota Belanda ialah di mana Belanda telah mengekalkan kekuasaan mereka di Pulau Pangkor dengan kerjasama tenaga seramai 60 orang tentera semenjak tahun 1680 hingga ke tahun 1743.  Walau bagaimanapun, seorang yang bernama Panglima Kulup merupakan pahlawan tempatan Melayu telah membuat perancangan rapi lalu menyerang Kota Belanda beberapa kali tanpa berputus asa sehinggalah berjaya menewaskan Belanda dan menghalau Belanda dari Pulau Pangkor pada tahun 1743.  Faktor-faktor penyebab kekalahan Belanda pada masa itu adalah :

Jajahan Belanda terlalu luas yang memerlukan lebih perhatian sehingga pertahaman Belanda di Pulau Pangkor terabai dan terus menjadi lemah.

Penjajah Belanda turut mendapt tentangan dan ancaman luar dari seteru mereka di Eropah.

Berhampiran Kota Belanda terdapat Batu Bersurat.  Ia berdekatan dengan rumah-rumah nelayan di tepi pantai.  Ia merupakan seketul batu yang sangat besar dan disamping itu terdapat lakaran dan tulisan pada batu tersebut.  Batu itu, dipercayai hidup oleh penduduk tempatan kerana ia mampu membesar dari saiz asalnya yang agak kecil.

Lakaran yang diukir di Batu Bersurat tersebut ialah seekor harimau yang sedang menumpaskan sesuatu ( dipercayai seorang budak lelaki ) dua bulatan berbentuk daun dan perkataan Belanda serta Inggeris yang berbunyi “if Carlo 1743”.

Sejarah Batu Bersurat jika dikaji dari sudut zaman peristiwa itu berlaku, ukiran yang terdapatpada batu menceritakan al kisah seorang budak lelaku , anak kepada pembesar Belanda yang telah hilang dan dipercayai telah dibaham oleh seekor Harimau.  Walaubagaimanapun, mengikut sumber penduduk kampung, kisah ini merupakan rekaan semata-mata oleh orang Belanda untuk menutup malu kerana sebenarnya anak pembesar tersebut telah dilarikan lanun.

Lokasi

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular