Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang terletak di tebing utara muara sungai Kedah.Ianya dibina sebagai benteng pertahanan bagi negeri Kedah selain dari ibu negerinya di Alor Setar. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu Kota ini dijadikan markas tenteranya sehinggalah kekalahan mereka kepada British dalam tahun 1945. Muzium Kota Kuala Kedah ini mempamerkan 60 koleksi artifak arkeologi, seramik dan batu bata asal kota tersebut. Antara koleksi menarik yang dipaparkan di dalam muzium tersebut ialah 13 buah peluru meriam dan enam buah meriam buatan Inggeris yang berusia lebih 100 tahun.

Selain itu, terdapat juga artifak yang dipanggil ‘Pelita’ yang ditemukan semasa penyelidikan arkeologi dan kerja-kerja konservasi tembok timur berhampiran pintu Gerbang Kacapuri. Muzium Kota Kuala Kedah ini terletak lebih kurang 11 kilometer dari bandar Alor Setar. Pengunjung boleh menaiki bas ke Kuala Kedah dari Shahab Perdana atau menaiki teksi dari Alor setar atau dari Terminal Feri Kuala Kedah untuk ke sini. Muzium ini beroperasi pada setiap hari iaitu dari pukul 9.00 pagi sehingga 6.00 petang. Muzium ini hanya akan ditutup pada hari pertama Hari Raya Adilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Tiada sebarang caj dikenakan untuk masuk ke dalam Muzium Kota Kuala Kedah ini.
 Pada 31 Ogos 1978 kota ini telah diwartakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) sebagai
“Tapak Tanah Bersejarah”

Kota Kuala Kedah
Kota Kuala Kedah

Waktu Melawat: Di buka setiap hari 9.00 pagi – 6.00 petang
Yuran Kemasukan: Percuma

Emel : Mr. Azhar bin Mohamed Noor (azhar.mohamed@jmm.gov.my)
Alamat : Kota Kuala Kedah Museum Jabatan Muzium Malaysia Kampung Seberang Kota 06600 Kuala Kedah Kedah Darul Aman
Tel : 04-741 2152
Fax: 04-741 9297
Emel : pr.mkkk@jmm.gov.my

menarikdi.com