Tarmizi Bin Wahi merupakan salah seorang anak muda yang mempunyai minat mendalam dalam seni ukiran halus,menetap di Kampung Kemunting,Karangan Kedah. Beliau turut aktif menyertai pameran-pameran jualan atau pameran kraftangan di seluruh negara.

Hasil ukiran anak jati Karangan ini turut mendapat tempahan dari Sabah Sarawak.

Mengenai tempoh untuk menyiapkan sesebuah ukiran, Tarmizi memberitahu ia bergantung kepada saiz ukiran tersebut.

Tegasnya lagi, mengukir kayu memerlukan ketelitian dan kesabaran jadi kerja-kerja mengukir tidak boleh dilakukan dengan tergesa-gesa.

”Dalam menghasilkan ukiran kita kena teliti. Ketelitian itu akan membuahkan hasil seni cukup halus dan menarik. Ia seolah-olah sama seperti pelukis mempunyai identiti sendiri cuma yang berbeza nama pengukir tiada pada ukiran tersebut,”.

Untuk tempahan boleh terus menghubungi beliau di talian Tarmizi B Wahi 014-2449441.

Facebook : https://www.facebook.com/tarmizi.wahi.1

menarikdi.com