Teringin nak makan kuey teow yang dimakan atau dibungkus menggunakan daun simpok ala-2 chinese style macam Restoran Doli di Taiping?

Kini anda-anda yang berada di Manjung boleh menikmati Kuey Teow Kerang yang dibungkus dengan daun simpok dengan harga singgit (RM1) jee. Murah dan berpatutan bukan?

Dijual di pasar malam sekitar daerah Manjung. Antaranya Pasar Malam Kg. Sitiawan pada hari Selasa , Pasar Malam Kg. Dato’ Seri Kamaruddin (KDSK) pada hari Isnin, manakala Pasar Malam Giant Manjung pada hari Sabtu dan Ahad. Selamat mencuba!

menarikdi.com