Friday, April 19, 2024
Home#Restoran/ Makan-makanLaksa D'Coconut "Rasa Sekali Pasti Nak Lagi"

Laksa D’Coconut “Rasa Sekali Pasti Nak Lagi”

Laksa D’Coconut yang telah lama beroperasi ini semakin popular dalam kalangan penduduk tempatan khsusnya masyarakat Kuala Kangsar mahupun di luar kawasan. Ini kerana, daya tarikan makanan yang terdapat di Laksa D’Coconut ini. Nak tahu apakah yang menarik sangat di Laksa D’Coconut ini?

 

                                Laksa Sarang yang popular di Kuala Kangsar

                                   ABC, Milo Kepal, Coco Ice dan banyak lagi

 Laici Kang, Jagung Ice, Jelly Ice, Rojak

Oreo Ice cream

Mangga Susu

Semua ada!

Pernah memasuki surat khabar pada tahun ini

Slogan “Rasa sekali pasti nak lagi” di Warung Laksa D’Coconut milik pasangan Nur Munira Arifin, 33 dan Rizal Shaaban, 35, di Kampung Bendang Panjang, Jalan Kuala Kangsar-Manong di Kuala Kangsar terkenal dengan pelbagai menu istimewa sehingga menjadi tumpuan ramai.

Laksa telur bersarang hanya RM 4 sepinggan sebagai menu utamanya selain laksa fishcake campur telur bersarang (RM 5), Laksa goreng (RM 5) di samping beberapa makanan panas lain. Sementara pelbagai minuman istimewa turut disediakan antaranya Milo kepal Oreo (RM 4), Milo Kepal Special (RM 5), koko ais (RM 6) dan mangga susu (RM 5) menjadi permintaan ramai pelanggan. Warung yang mula popular sejak dua bulan lalu itu dibuka dari jam 3 petang hingga 7 malam setiap hari kecuali Ahad.

Jadi, jemput singgah pekena menu2 nie di kedai Laksa D’Coconut yang beralamat :

Laksa Dcoconut Kuala Kangsar
Lokasi Baru:Kampung Bendang Panjang Kuala Kangsar(berdekatan trafik light kuarters polis)
Waktu Operasi:Isnin-Sabtu(3ptg-7ptg)
Ahad (cuti)

Ahmad Saufi Bin Ahmad Khalil
Ahmad Saufi Bin Ahmad Khalil
PI1M Kg Kubang Pekan, Kluster Kuala Kangsar, Perak
RELATED ARTICLES

Most Popular