Laksa Janggus Balik Pulau

0
1782

Pulau Pinang ni memang terkenal sebagai syurga makanan. salah satu laksa yang sangat popular disini ialah Laksa Janggus Balik Pulau yang terletak di Balik Pulau. Sebelum ni popular hanya dikalangan masyarakat tempatan tetapi makin popular selepas muncul dalam rancangan JJCM.

Laksa Janggus ni diberi nama sebab kedainya terletak bawah pokokjanggus. Pokok Jangguh tu sebenarnya ialah pokok Gajus atau dalam bahasa kelantan pokok ketereh. Tapi bagi masyarakat Balik Pulau mereka panggil laksa Timah sebab tauke dia bernama Timah.

Kedai Laksa Janggus ni terletak di Kampung Perlis Balik Pulau. Anda boleh datang melalui bukit Teluk Bahang sekiranya dari Batu Feringghi atau dari Bukit Baru Relau atau Teluk Kumbar. Memang kalau nak ke Balik Pulau ni akan menyebabkan kepala anda sedikit pening bagi yang kurang biasa namun keenakkan menikmati laksa kelak akan menyebabkan anda rasa berbaloi untuk kesini.

Kedai ini berkonsepkan layan diri dimana kadang-kadang pengunjung akan rasa seperti berada di rumah kenduri diwaktu kemuncak terutamanya waktu cuti sekolah.
Kedai ini ditutup pada hari Rabu. Selamat Menjamu Selera ?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.