Kalau sudah sampai Kuala Kangsar, tidak sah kalau tidak singgah ke Medan MPKK cendol dan laksa. Dalam Medan Cendol dan Laksa ini yang terletak berdekatan dengan Dataran Sungai Perak ada banyak gerai yang menjual laksa dan cendol.

            

Deretan gerai yang menjual laksa dan cendol, boleh dikatakan kesemua kedai laksa dan cendol hanya bersebelahan di antara satu sama lain.

         

     

Terdapat banyak lagi gerai di dalam Medan Cendol dan Laksa MPKK ini. Bukan laksa dan cendol sahaja yang ada di sini. Nasi ayam, ABC, mi goreng, kuey teow goreng dan lain-lain lagi.

   

Laksa yang nampak biasa tapi melazatkan kerana laksa yang di jual ini menggunakan bahan berasaskan tepung gandum serta kuahnya sememangnya secukup rasa

                         

Cendol juga popular di sini, antara yang jenis cendol yang terdapat disini ialah Cendol Biasa, Cendol Pulut, Cendol Jagung, Cendol Kacang dan Cendol Special

                  

Rugi kalau tidak mencuba Cendol jika singgah disini…sangat lazat

pasembor yang sangat sedap dan mengenyangkan…
sesuai untuk yang diet… rasa kuahnya yang pekat dan lazat, cucur potong serta bahan yang digunakan juga segar dan akhir sekali ditaburkan dengan kacang yang telah dikisar kasar untuk menambahkan seri Pasembor

Kalau ada cendol, mesti ada ABC kan, memang terbaik dan padu!,tak rugi kalau mencuba

Sememangnya Medan MPKK Laksa dan Cendol Kuala Kangsar ini cukup terkenal bukan sahaja dalam kalangan penduduk tempatan malah bagi pelancong luar juga. Disamping Medan ini bersebelahan sahaja dengan Sungai Perak, semestinya ia menjadi daya tarikan yang tersendiri dalam penempatan lokasi menarik bagi kategori makanan dengan secara tidak langsung memberikan satu imej Kuala Kangsar dari sudut yang lain selain ianya yang sinonim dengan gelaran Bandar Diraja.

menarikdi.com