Friday, April 12, 2024
Home#Restoran/ Makan-makanMee Daud Mat Jasak

Mee Daud Mat Jasak

Bagi penduduk-penduduk sekitar Ipoh, Nama Mee Daud Mat Jasak tidak asing lagi bagi mereka. ini kerana Mee Daud Mat Jasak merupakan kedai Mee yang paling terkenal di Ipoh, malahan juga penduduk luar dari Perak jugak sanggup datang ke Ipoh semata-mata untuk menikmati kelazatan hidangan Mee Kari di kedai Mee Daud Mat Jasak ini. Tidak hairan lah jika kedai ini mampu bertahan berdekad lamanya. Selain Mee kari, kedai ini juga turut menyediakan hidangan seperti Mee kicap sup, kuewtiaw goreng dan sebagainya. Jadi bagi yang berminat boleh lah datang ke alamat, No 1 &, 2, Jalan Dato Onn Jaafar, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak. Dan kedai ini dibuka setiap hari pada jam 8.30 pagi hingga 12 tgh hari dan dibuka semula pada jam 4.30 ptg hingga 10.30 malam. kepada anda semua yang datang ke Ipoh tu, rugi lah kalau tak cuba !

 

sha dyana
sha dyana
-pusat internet 1 malaysia klebang utama -kluster perak kinta -penolong pengurus
RELATED ARTICLES

Most Popular