Mee Kari Pokok Manggis antara lokasi tempat makan yang menarik di Bidor. Sebut saja nama Mee kari Pokok Manggis sudah pasti ramai yang mengetahui lokasinya. Kepekatan kuahnya dan rasa rempah yang cukup membuat kedai ini terus dikunjungi oleh penduduk tempatan dan juga pelancong dari luar. Ada yang berpendapat mee kari ini antara mee kari yang terbaik di Bidor ini.
Selain itu, terdapat juga menu lain seperti Mee Sup, Laksa, Pisang Goreng dan masakan panas yang lain.

Lokasi GPS : 4.116093, 101.281000

Selamat mencuba 🙂

menarikdi.com