Pekan Batu Kurau dahulu dan kini sudah jauh berbeza dari masa ke semasa. Dahulu, Pekan Batu Kurau dikenali sebagai ‘pekan koboi’ yang mundur dengan pembangunan. Namun kini, seiring arus pemodenan Pekan Batu Kurau sudah membangun dengan lebih baik terutamanya dalam pembangunan dan kemudahan yang tersedia untuk keselesaan komuniti di sini seperti sekolah, klinik, bank, perpustakaan desa, tempat riadah dan lain-lain lagi.

Batu Kurau kini menjadi tumpuan para pengunjung yang datang dari pelbagai negeri di Malaysia dan pelancong asing dari luar negara.  Tidak hairanlah jika jalan di Batu Kurau akan ‘jem’ pada musim buah-buahan dan cuti sekolah kerana Batu Kurau dikenali sebagai tempat pengumpulan buah durian ‘kampung’ yang lazat serta tempat peranginan dan rekreasi yang mendamaikan.

Oleh kerana bentuk muka bumi yang berbukit dan sejuk, kebanyakan pengusaha chalet menyediakan pakej aktiviti lasak dan motivasi yang terbuka kepada sesiapa sahaja pengunjung yang menyukai aktiviti yang mencabar terutamaya pelajar sekolah.

 

menarikdi.com