“Tak kenal maka tak cinta”

Itulah perumpamaan yang boleh digambarkan kepada keindahan pantai di Pasir Panjang Balik Pulau.

Sekiranya anda salah seorang penggemar kepada keindahan pantai dan mata hari terbenam, disinilah tempat paling terbaik untuk menghayati keindahan tersebut.

Kepada pemancing pula, pantai dan laut sekitar pasir panjang bebas daripada pencemaran disebabkan berdekatan dengan Kem Bina Negara dan kualiti air boleh dikatakan tiptop. Saya sendiri biasa memancing dikawasan ini dan ternyata kena dengan umpan, ikan pari singgah dengan kita. Lain-lain species dikawasan ini adalah kerapu, gelama, jenahak, bebolos dan lain-lain.

Tak sah kalo mai Balik Pulau tak singgah tempat ini

Kordinat Lokasi : 5.2990405,100.1846266

Pemandangan Sekitar Pantai
Suasana Memancing di Pantai Pasir Panjang
menarikdi.com