Gerai makan MR. $ALAI yang terletak di Lot. 17 Pasar Komuniti & Karavan (PAKAR) Manjung ini menyajikan makanan ala kampung. Antaranya ialah ayam salai, keli salai dan macam-macam lagi. Selain itu juga, MR. $ALAI turut menghidangkan set Daging Salai Masak Lemak Cili Api , set Patin Sangkar Tempoyak, set Keli Salai Masak Lemak Cili Api, set Ikan Pari Asam Pedas dan juga set Ikan Bakar Petai. Setiap set dihidangkan bersama nasi putih beserta ulam-ulaman segar dan sambal belacan. Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi di talian 017-967 4645 / 010-222 4645. Selamat mencuba!!!

Info tambahan MR. $ALAI

  • Tempe kentang kacang bercili
  • Ayam seringgit
  • Telur dadar
  • Pisang goreng
  • Cekodok goreng
  • Cempedak goreng

menarikdi.com