Thursday, April 4, 2024
Home#Rekreasi/ Lokasi MenarikMuzium Perlombongan Bijih Timah Kinta

Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta

Bagi penggemar sejarah, Muzium adalah salah satu tempat yang wajib dikujungi, Antara muzium yang terdapat di Kampar Perak adalah Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta. Ia telah dibuka pada 24 Oktober 2012.

Sebaik sahaja melangkah masuk, pelawat akan dapat melihat replika aktiviti mendulang, pam kelikir, dan pelbagai jentera berat. Selain itu, terdapat banyak lagi replika pelombong dan aktiviti melombong di dalam bangunan muzium.

 

Selain daripada mempamerkan kaedah perlombongan bijih timah dari awal hingga moden menerusi model dan gambar, muzium ini turut memaparkan aktiviti perleburan, jual beli, serta dokumen yang diguna pakai pada zaman itu.

Antara yang paling menarik, masuk adalah PERCUMA .

Waktu operasi Muzium ini adalah hari Isnin – Jumaat, 9.00am – 1.00pm pada hari Sabtu dan Ahad serta Cuti Umum adalah dari 9.00am – 4.00pm

 

ainrazaly
ainrazaly
NUR AIN BINTI MD RAZALAY . PI1M KAMPUNG TUALANG SEKAH. KLUSTER KINTA. PENOLONG PENGURUS.
RELATED ARTICLES

Most Popular