Nasi lemak kukus warung pak nan yang terletak di Jalan Besar Pusing, Kampung Peti Baru, 31550 Pusing, Perak ni memang cukup popular bagi orang-orang sekitar Pusing, Ipoh, Batu gajah. Dengan harga nasi lemak biasa serendah RM3, anda boleh tambah lauk pauk yang menarik seperti lauk Sotong, Paru, Limpa, Ayam, Daging  dan lain-lain (tambahlah bayarannya). Warung nasi lemak ni memang dah lama sejak tahun 90-an lagi. selain Nasi Lemak juga, warung pak nan ini turut menyediakan hidang lain seperti Pau, Roti Bakar dan lain-lain lagi. Dan untuk makluman semua, kedai ini akan mula operasi pada jam 7 pagi hingga 12 tengah hari. tetapi pengunjung dinasihatkan untuk datang seawal yang mungkin takut lauk habis !

 

menarikdi.com