Friday, April 19, 2024
Home#Restoran/ Makan-makanNasi Vanggey ( Nasi Ganja )

Nasi Vanggey ( Nasi Ganja )

Jika sesiapa yang berkunjung ke Ipoh, anda pasti akan rugi jika tidak pekena Nasi Vanggey. Vanggey yang bermaksud “Mari” dalam bahasa Tamil sememangnya sudah terkenal di Ipoh dan dinikmati oleh semua bangsa tak kira Melayu, Cina ataupun India. Nasi Vanggey juga dulu terkenal dengan panggilan Nasi Ganja dikalangan orang Melayu. Walaupun sekarang sudah terdapat banyak cawangan Nasi Vanggey, tetapi Nasi Vanggey original adalah yang terletak di Jalan Yang Kalsom, iaitu sebuah Kedai Kopi peniaga cina iaitu Yong SuanNasi Vanggey dijual di bahagian hadapan kedai kopi, manakala pemilik kedai kopi ini pula hanya menjual air minuman sahaja. Siapa sangka kedai yang kelihatan seperti kedai makanan cina ini, rupanya menjual nasi yang menjadi ketagihan ramai orang. Nasi Vanggey di sini dijual sekitar RM6 untuk set ayam dan terdapat beberapa pilihan lauk lain seperti ikan dan daging. kedai ini akan mula dipenuhi pelanggan seawal 11 pagi hinggalah kepada waktu makan tengahari. Jangan anda semua tidak tahu, selebriti-selebriti tanah air pon turut berkunjung ke kedai nasi vanggey ni tau.

sha dyana
sha dyana
-pusat internet 1 malaysia klebang utama -kluster perak kinta -penolong pengurus
RELATED ARTICLES

Most Popular