Selamat hari Rabu warga Perak. Sudah hampir tiba waktu makan tengah hari. Untuk kawasan yang berdekatan dengan Kampar, Perak, anda boleh singgah di New Kampo Kampo Station hari ini juga.

New Kampo Kampo Station menyajikan ‘western food’, masakan panas, nasi ayam, nasi ayam berempah dan nasi kambing bakar. Admin pun dah banyak kali berkunjung ke restoran ini tau. Memang admin syorkan sangat kat kome.

Uniknya di New Kampo Kampo Station ini adalah mereka juga menyajikan makanan ‘steamboat’ dan ‘grill’ pada waktu malam. Ala Carte Steamboat and Grill ini hanya RM30 dengan pilihan kuah tomyam atau sup. Sedapnya!

Mesti anda rasa teruja melihat gambar-gambar makanan di atas ini. Jom ke New Kampo Kampo Station sekarang! Lokasi New Kampo Kampo Station adalah di No. 22, Persiaran Siswa, Taman Siswa, 31900 Kampar, Perak. Restoran dibuka setiap hari kecuali hari Selasa dari jam 11.00 pagi – 11.00 malam. New Kampo Kampo Station juga mengambil sebarang tempahan majlis, anda boleh hubungi di talian berikut 019-5137440 / 014-9424048. Moh kome!

menarikdi.com