Salah satu pilihan tempat riadah yang menjadi pilihan warga Ipoh untuk mengisi masa lapang ialah mendaki bukit Kledang yang terletak berdekatan dengan Menglembu Ipoh. Bukit ini berketinggian 800 meter (2640 kaki). Bukit kledang Ipoh terkenal dengan kehijauan Hutan Simpan Kekal. Apabila sampai ke puncak bukit, pengunjung pasti merasai nikmat ketenangan dan nyaman dari pemandangan semulajadi . Lebih menariknya, jika pengunjung dapat menikmati sendiri keadaan sewaktu matahari terbit ataupun terbenam. Pengalamannya ternyata sukar diterjemahkan melalui kata-kata dan hanya mampu dirasai sendiri dengan mata kepala sendiri. Menariknya, jika selama ini anda menjelajah pemandangan bandar Ipoh menerusi jalan raya, tapi disini anda berpeluang untuk melihat keseluruhan bandaraya Ipoh.



Sumber gambar : http://www.ipoh-city.com/attraction/Kledang_Hill/ 
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan dibukit Kledang antaranya berbasikal, berjalan kaki, mendaki dan memasuki hutan. Dari pelbagai laluan menuju ke puncak, anda boleh melihat pemandangan yang yang kaya dengan flora dan fauna.  Sambil menikamati keindahan, secara tidak langsung anda juga akan bertemu dengan individu berbilang bangsa yang cukup ramah.Bukit Kledang kerap dijadikan lokasi warga emas dalam lingkungan lima puluh tahun keatas untuk bersenam dan mengeluarkan peluh. Lebih mengagumkan rata-rata warga emas ini masih kuat dan berstamina tinggi untuk sampai ke puncak walaupun dengan menggunakan bantuan tongkat.



Sumber gambar : http://www.ipoh-city.com/attraction/Kledang_Hill/ 
menarikdi.com