Thursday, April 25, 2024

Pekan Rabu

Pekan rabu merupakan ikonik pelancongan Negeri Kedah dan begitu dekat dengan hati rakyat Kedah.Pusat perniagaan bumiputera ini sebelum ini berpindah sementara ke Ukir Mall dan kembali dibina semula di tempat asal  dengan bangunan yang serba moden. Pekan Rabu turut menyediakan kemudahan satu setengah parkir bawah tanah iaitu 203 unit ruang parkir kereta serta 118 parkir motosikal untuk kemudahan peniaga dan pengunjung.

Pekan Rabu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana ia bemiliki konsep “One Stop Centre”. Di sini, terdapat 277 peniaga yang menjalankan pelbagai jualan seperti makanan, kuih dan pakaian tradisional, tukang jahit, songkok, kraftangan tempatan, buku, kitab, majalah serta produk industri kecil dan sederhana (IKS).

Kompleks Pekan Rabu yang baru siap dibina  ini mampu memuatkan 360 premis perniagaan dan tidak putus-putus menerima kedatangan pengunjung terutama ketika musim cuti persekolahan dan cuti hujung minggu. Pada musim perayaan pula, Pekan Rabu mula menjadi tumpuan orang ramai yang mahu membuat persiapan menjelang Syawal.

Pekan Rabu juga Salah satu tempat terbaik untuk mendapatkan makanan tradisional Melayu seperti serunding, dodol durian, kuah rojak dan garam belacan. Kompleks membeli-belah ini menjadi kebanggaan masyarakat Melayu di Kedah dan harus di kunjungi oleh pelancong yang ingin melancong ke Negeri Kedah.

Dibuka dari pukul 8 pagi hingga 9 malam setiap hari. Ia turut dibuka pada hari cuti umum dan musim perayaan.

Nor Dalila Rosli
Nor Dalila Roslihttps://www.celcom1cbc.com/ppr-seberang-terus
Pusat Internet PPR Seberang Terus, Kedah.
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular