Menarik Di Pulau Pinang

Phantamania

Tempat magic pun ya, tempat berselfie pun ya. Pelik betul tempatnya tapi best untuk dikunjungi Tempat ini ada ilusi pelik-pelik. Untuk anak anda, yang paling pelik mungkin kawasan jalan cermin. Kalau silap-silap, memang pening nak cari jalan keluar. Bila masuk bilik glitter, rasa macam masuk dimensi lain kat angkasa lepas. Dan bila naik ke tingkat atas, sudah macam masuk ke istana ais. Siap ada katil ais dan igloo.

Address
193, Lebuh Victoria, 10300 Penang, Malaysia

Waktu Operasi

Setiap Hari : 10.00 Pagi – 7.00 Malam

Phone
04-263 3193

menarikdi.com