Terletak berhampiran dengan Pejabat Daerah Kuala Kangsar dan satu-satunya pokok getah pertama yang hidup daripada sembilan pokok getah asal yang ditanam.

H.N.Ridley adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan Kuala Kangsar sebagai daerah industri getah yang pertama dan akhirnya menjadi sumber pendapatan penting Malaysia. Pada tahun 1877, pokok getah Hevea Brasiliensis yang pertama telah ditanam di Kuala Kangsar, Perak oleh H.J. Murton yang merupakan seorang penguasa Botanical Gardens di Singapura. Sebanyak 9 biji benih getah Hevea Brasiliensis telah ditanam di halaman rumah Sir Hugh Low yang merupakan Residen British Perak pada ketika itu.

Bagaimana getah sampai ke negara kita? Bekalan biji yang pertama sekali sampai ke asia tenggara pada ketika itu cuma sebanyak 50 biji benih yang berasal dari Sri Lanka telah dihantar ke Singapura. Tetapi disebabkan oleh kelambatan di Dermaga, usaha penghantaran ini telah gagal. Bekalan kedua pula diberi dengan sebanyak 22 biji getah telah dihantar dari Taman Kew, England ke Singapura dalam tahun 1877. Sebahagian daripadanya telah ditanam di Botanical Garden Singapura, manakala selebihnya ditanam di Kuala Kangsar, Perak. Selepas lebih satu abad masa berlalu, pokok getah yang dahulunya dianggap tidak menarik, tidak bernilai, kini ia telah menjadi antara sumber ekonomi yang penting di dalam negara kita.

Pada tahun 1898, ladang getah terus ditubuhkan di Tanah Melayu dan Estet getah pertama telah dibangunkan di Melaka pada tahun 1902 atau 1903. Selepas itu keluasan penanaman getah terus berkembang hingga mencapai kemuncaknya iaitu seluas 2.06 juta hektar pada tahun 1979. Pengeluaran paling tinggi yang pernah dicapai oleh negara ialah sebanyak 1.66 juta metrik tan iaitu pada tahun 1988.

Fakta menarik untuk anda, pokok getah berasal dari negara Brazil dan ditemui oleh Christopher Columbus yang merupakan seorang ahli pelayaran Sepanyol. Beliau adalah orang pertama yang menjumpai getah di Brazil pada tahun 1473 dan beliau telah membawa balik ke Eropah untuk dikaji kegunaannya. Pokok getah yang pertama ditanam di Kuala Kangsar ini masih gah berdiri dan secara tidak lansung memegang rekod pokok getah paling tua di Malaysia.

 

 

menarikdi.com