Buah tin merupakan pokok syurga yang disebut dalam Al Quran. Daun dan getah dari pokok tin mempunyai khasiat yang dapat menyembuh penyakit tertentu dan buahnya yang mempunyai khasiat yang tinggi dari segi pemakanan. Projek tanaman pokok tin telah diusahakan oleh pelajar Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Seri Besout dibawah bimbingan penyelaras unit pendidikan khas iaitu Encik Ismail Bin Mohamad Zin. Sehingga kini, terdapat 60 pokok yang telah ditanam di dalam rumah hijau dengan menggunakan sistem fertigasi dari kepelbagaian jenis. Antaranya adalah dari jenis IBT, Sal Carleon, Black Genoa, Black madeira, dan Archipel.

SK Seri Besout sering menerima kunjungan daripada individu yang meminati tanaman pokok tin dan juga sekolah – sekolah yang berminat mempelajari tanaman pokok tin.Jika dahulu pokok tin hanya dikenali di negara eropah dan bumi anbiya, namun pada hari ini ianya terdapat dikawasan kita.Bagi mereka diluar sana yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai projek tanaman pokok tin boleh layari https://www.facebook.com/projektinsksribesout

Lokasi : Sekolah Kebangsaan Seri Besout (SKSB), Felda Gunung Besout 1, 35600 Sungkai, Perak .

No Tel : 019-5576505 ( En Ismail Bin Mohamad Zin )

 

menarikdi.com

1 COMMENT

  1. Sapa sapa nak mula berjinak2 nak menanam pokok tin boleh jumpa cikgu mae nih..sempoi orangnya dan tidak kedekut ilmu..terbaekk..