Restoran Mastan Ghani sememangnya terkenal dan tersohor di Teluk Intan, Perak. Restoran Mastan Ghani juga mempunyai kira-kira 6 cawangan di seluruh Teluk Intan. Menu utama yang paling terkenal ialah Mee Rebus, Rojak, Mee Rojak air minuman paling terkenal di Mastan Ghani ABC dan Air Jagung. Terdapat pelbagai menu lain juga yang menarik. Restoran Mastan Ghani juga telah beroperasi sejak tahun 1960. Memang tidak asing lagi Mee Rebus Mastan Ghani dengan Teluk Intan.

Waktu operasi : Isnin hingga Ahad, Jumaat Cuti. 9.00 Pagi hingga 6.00 Petang.

Lokasi paling utama: Mastan Ghani Jalan Bandar, Pekan Teluk Intan( 2 cawangan).

  

 

menarikdi.com