Restoran Mom’s Touch Kari Asam Pedas mula beroperasi pada 12 Februari 2018 (Selasa) dari jam 11 pagi hingga 10 malam. Menu istimewa dari restoran ini adalah Set Ala Claypot ikan segar dari Sungai Perak.

Khas buat peminat tegar masakan asam pedas, tempoyak dan kari, anda boleh datang menjamu selera di Restoran Mom’s Touch Kari Asam Pedas. Pelbagai menu lain turut disediakan antaranya Set Bawal Goreng, Set Bawang Goreng, Laksa dan Bihun Sup Utara.

Lokasi Restoran Mom’s Touch Kari Asam Pedas adalah di No. 11 Jalan Tembusu, Taman Melayu Jaya, Kampar (Tapak lama Restoran Nasi Buluh Kampar). Lokasi restoran ini mudah dijumpai kerana berdekatan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kampar dan Pejabat Daerah dan Tanah Kampar.

menarikdi.com