Saturday, April 13, 2024
Home#Restoran/ Makan-makanRestoran Silaturahim Teluk Batik

Restoran Silaturahim Teluk Batik

Restoran Silaturahim yang terletak betul-betul di simpang masuk ke Teluk Batik berhadapan dengan kuarters TLDM Lumut sering menjadi pilihan utama bagi penduduk di sekitar  untuk makan tengahari. Sesuai dengan tagline restoran ini iaitu “Jalan-jalan Mari Makan”, Silaturahim merupakan restoran yang terkenal dikalangan pelancong yang datang bercuti ke pantai peranginan Teluk Batik.

Restoran ini menghidangkan pelbagai jenis masakan ala kampung, ikan bakar, ikan pekasam, ulam-ulaman segar dengan harga yang berpatutan. Antara yang menjadi tumpuan juga ialah pelbagai jenis sambal yang boleh dipilih seperti sambal belacan, sambal macang atau kuinin, sambal tempoyak, sambal kelapa, air asam, budu dan cencalok.

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari kecuali Jumaat pukul 11 pagi sehingga 4 petang

Lokasi: No.3A (Lot 1598) Jalan Teluk Batik 32200 Lumut

No telefon: 019 574 7491 / 019 574 0180

FaizHazirah Jaafar
FaizHazirah Jaafar
Penolong Pengurus | PI1M Sitiawan, Perak Kluster Manjung
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular