Jika anda seorang kaki pancing semestinya ROCKBUND Fishing Chalet yang terletak di Marina Island Teluk Batik, Perak merupakan menjadi destinasi pilihan anda. Rockbund Fishing Chalet merupakan satu kawasan yang berada di bahagian kepala teluk, dimana ikan-ikan kategori game fish atau bernilai tinggi sering memasuki bahagian teluk. Antaranya ialah Ikan Kerapu, Ikan Siakap, Ikan Jenahak, Pari, dan bermacam-macam lagi.

Rockbund Fishing Chalet menyediakan konsep penginapan berbentuk kabin. Setiap kabin dibina hanya beberapa meter sahaja dari laut. Ia juga menyediakan pelantar memancing yang selesa dan dilengkapi lampu. Anda juga boleh menikmati pemandangan laut yang memukau serta matahari terbenam dan matahari terbit depan chalet anda.

Website: http://rockbund.my/

FB Page: https://www.facebook.com/rockbund/

No. Telefon: 016 558 0388

Lokasi: Marina Island KM1, Teluk Muroh 32200 Lumut, Perak

menarikdi.com