Silat merupakan salah satu seni bela diri yang terdapat di Padang Terap. Silat adalah warisan Melayu yang bukan sahaja untuk mempertahankan diri malah boleh menjadi salah satu aktiviti yang boleh dilakukan pada masa lapang.
         Selain itu, menurut Pengerusi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Bahagian Padang Terap, Che Mansor Bin Mat, silat juga mampu membentuk, memperkasa dan mendisiplinkan sesebuah masyarakat. Ini kerana ahli silat turut diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti menghormati orang tua, disiplin dan jati diri. Ahli-ahli silat atau lebih dikenali sebagai ‘anak-anak gayong’ daripada PSSGM Bahagian Padang Terap melakukan latihan di gelanggang Kampung Musa.
Alamat :
Kampung Musa,
Mukim Pedu,
06300 Kuala Nerang, Kedah.
menarikdi.com