Warga Silibin, Jelapang dan yang berhampiran, pasti mengenali Suhaimi Cafe yang terkenal dengan menu minum pagi yang sedap dan terbaik. Cafe yang menarik dihiasi dengan hiasan yang agak klasik dan menggunakan kerusi yang mengimbau kenangan zaman awal 60’an. Antara menu popular cafe ini adalah, Roti Benggali Telur Separuh Masak, Roti Benggali Kari Ayam, Kopi Vietnam & Roti Steam yang sangat sedap. Jangan terkejut menu minum pagi pun ada Spagheti tau ! Harga yang sangat murah sesuai dengan kuantiti makanan dan rasa yang enak.

 

Suhaimi Cafe
Alamat : 57, Laluan Jelapang Selatan, Kampung Tengku Husin Hujong, 30020 Ipoh, Perak
Waktu Operasi : 7.45 pagi hingga 12 tgh hari (Tutup tiap Selasa)
Untuk Tempahan : 012-499 4948

menarikdi.com