Merupakan satu tempat yang menjadi daya tarikan pelancong  dalam dan luar negeri untuk menikmatikeindahan alam semulajadi dan tempat untuk melepaskan tekanan dan kesibukan kerja.

Hutan Lipur Sungai Sedim berada dalam Hutan Simpan Gunung Inas yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan lipur ini juga dikenali sebagai tapak perkelahan Di Raja Kedah. Terdapat pokok hutan seperti Meranti Seraya, Meranti Tembaga, Meranti Melantai, Kulim, Terap, Keledang dan Bintangor boleh didapati di sini. Sungai Sedim yang mengalir sepanjang 15 km yang berarus deras serta mempunyai beberapa buah jeram sesuai untuk aktiviti lasak berkayak. Antara 8 anak sungai yang mengalir sepanjang Sungai Sedim adalah Sungai Reyau, Sungai Merbok, Sungai Tebuan, Sungai Karangan, Sungai Terona, Sungai Bekui, Sungai Bikan dan Sungai Buloh.

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Kedah Selatan,
09000 Kulim, Kedah.
Tel. : 04-4903760

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.